Marikh atau Mars dalam bahasa inggeris merupakan planet ke-4 dari Matahari dan salah sebuah dari 9 planet dalam sistem suria
Marikh mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos dan setiap-satu merupai asteroid.
Marikh senantiasa mengkagumkan penduduk Bumi; warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis: tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi).
Komposisi atmossfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon, dengan sedikit sahaja oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi, ia telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh, disebabkan ia bukannya gas adi, ia menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet, dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen adalah seberapa banyak puncanya yang belum dibuktikan lagi.
Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh, ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh oleh Percival Lowell, dia menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh, dan juga perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.
Pengetahuan am:
Planet di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:
1. Jirim berbatu: Planet planet ini terdiri daripada batu batu dan logam. Contoh planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Planet planet ini wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam Lingkaran Asteroid. Planet planet ini juga dikenali sebagai Planet Kerdil.
2. Jirim Bergas: Terbentuk daripada gas gas. Contoh planet ialah Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Zuhal dan Uranus mempunyai gegelang ais dan batu. Kumpulan planet ini turut dikenali sebagai Planet Gergasi.
3. Jirim berais: Terdiri daripada ais, contohnya Pluto. Ini disebabkan kedudukannya yang agak jauh daripada Matahari. Kumpulan yang ketiga ini terletak didalam Lingkaran Kuiper. Beberapa objek baru seperti Sedna turut berada dalam kelas yang sama.
sepohon kayu
Sabtu, 23 Januari 2010
marikh
Langgan:
Catatan (Atom)







