sepohon kayu

upin&ipin

Enter Fleedy.com

Sabtu, 19 September 2009

MCKK

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia.
Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan).

Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri.
Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England.

Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-1945) di atas kesedaran dan pergolakan politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolej Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini.

Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.

Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan pula, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu sangat dititikberatkan.

Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

Pada Sambutan 100 tahun penubuhannya yang dirayakan pada tahun 2005, Majlis Raja-Raja Melayu telah berkenan untuk menyampaikan watikah pengistiharaan The Malay College Kuala Kangsar akan sentiasa berada di bawah naungan Majlis Raja-Raja dan nama khas bagi kolej ini ialah The Malay College Kuala Kangsar

Antara kerabat Diraja dan pembesar negara yang pernah menuntut di MCKK ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein

Seterusnya, klik di sini

Jumaat, 18 September 2009

MUQADDIMAH

Assalamualaikum,


Blog ini telah dibangunkan pada 18 September 2009 (Jumaat) bersamaan 28 ramadan 1430 hijrah jam 8.30 malam -sejam selepas berbuka.

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca yang melayari blog ini.


Takbir raya >>> SILA KLIK DISINI

Seterusnya, klik di sini
Enter Fleedy.com